Masa untuk mulakan pelan tindakan Nasional – Rouhani

Masa untuk mulakan pelan tindakan Nasional – Rouhani

TEHRAN, 4 Feb – Presiden Hassan Rouhani semalam berkata, kini Iran telah melepasi JCPOA1, tiba masanya untuk memulakan Rancangan Bersama Menyeluruh Tindakan 2 iaitu rancangan tindakan bersama kebangsaan.

Para penentang, penyokong dan pengkritik kerajaan, kesemuanya bersetuju tentang perlunya melaksanakan matlamat besar negara. Kita tidak ada perbezaan pendapat dalam perlunya untuk menjalankan rancangan pembangunan negara, untuk menyelesaikan masalah kekurangan air, untuk mengekalkan persekitaran, menawan angkasa lepas dan menceburi teknologi nano, bio, IT dan ITC, dengan yang demikian wujud keinginan negara untuk menyelesaikan masalah-masalah negara,” ujar beliau.

Berucap pada perhimpunan untuk mendedahkan tiga pencapaian aeroangkasa negara, Rouhani berkata semua orang mengetahui bahawa masalah besar negara ialah menyelesaikan cabaran pengangguran.

“Kita berusaha mewujudkan pekerjaan-pekerjaan baru dengan menjana perkembangan ekonomi. Dalam hubungan ini juga, tidak ada perbezaan pendapat. Kita perlu untuk berinteraksi dengan dunia untuk menjamin kepentingan Iran dan mungkin wujud pendekatan berbeza bagi melakukan demikian,” tambah beliau lagi.

Sementara itu presiden merujuk kepada banyaknya kritikan ke atas kerajaan ke 11, dengan mengatakan tidak ada kerajaan yang bertahan dari begitu banyak tekanan dari lingkaran politik dalam negara.

Hassan Rouhani menghadiri temu bual bersama televisyen kerajaan di Tehran, Iran. – Reuters
Hassan Rouhani menghadiri temu bual bersama televisyen kerajaan di Tehran, Iran. – Reuters

Rouhani berkata memindahkan wang bagi import dan eksport adalah tidak boleh dilakukan, dan malah apabila Iran berbuat demikian 10 hingga 25 peratus wang tambahan dibayar dari duit rakyat.

“Kita tidak boleh menjual minyak yang milik kita atau memasuki pasaran yang kita kuasai bagi jualan minyak,” tambah beliau. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA