Masalah bekalan air di Tawau perlu segera diselesaikan – Ghapur

Masalah bekalan air di Tawau perlu segera diselesaikan – Ghapur

TAWAU, 26 Feb (Bernama) – Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menggesa Kementerian Pembangunan Infrastruktur serta Jabatan Air Tawau agar segera menyelesaikan isu bekalan air terputus yang berlaku di beberapa tempat di daerah ini.

Beliau berkata masalah bekalan air terputus telah berlaku sejak beberapa minggu lepas di beberapa kawasan di daerah itu sehingga menyebabkan masyarakat mengalami kesukaran menjalani kehidupan seharian mereka.

“Sejak beberapa minggu lalu kita menerima banyak aduan daripada masyarakat yang tentang masalah bekalan air terputus di kawasan tempat tinggal mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Katanya, masalah itu perlu segera diselesaikan kerana ia akan memberi imej yang tidak baik kepada kerajaan.