Masalah jalan perlu dibaiki

Masalah jalan perlu dibaiki

SIMPANG 41, Jalan Mulaut-Kilanas merupakan jalan yang bukan sahaja digunakan untuk menuju ke kawasan Industri Kilanas, tetapi juga turut digunakan oleh orang-orang kampung yang membina rumah dan tinggal di kawasan simpang tersebut.

Rumah-rumah di kawasan ini bukanlah rumah ‘kayu dan atap zink’, tetapi deretan rumah-rumah besar yang cantik dan indah yang dibina daripada batu.

Pemandangan rumah-rumah di kawasan ini juga turut dilihat terdapat kereta-kereta mewah dan sederhana yang diletakan di dalam garaj rumah masing-masing.

Tetapi apa yang mendukacitakan di sini ialah keadaan permukaan jalan Simpang 41 begitu ‘teruk dan berlubang’, malahan terdapat juga lubang-lubang yang besar dan dibiarkan begitu saja tanpa diperbaiki atau dipelihara oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Dari itu, saya berharap Ketua Kampung Kilanas dan juga pegawai-pegawai kanan dan rendah JKR perlulah membuat tinjauan dan turun padang untuk membuat lawatan ‘site visit’ ke Simpang 41 dan juga sekitarnya. Terima kasih dan penghargaan atas tindakan yang akan diambil nanti. – Orang Kampung Spg 41, Kilanas

ARTIKEL YANG SAMA