Masalah lutut...

Masalah lutut: Love rehat enam minggu

LOS ANGELES, 16 Feb – Bintang Cleveland Cavaliers, Kevin Love akan diketepikan selama enam minggu selepas menjalani pembedahan ke atas lutut kirinya yang bermasalah, menurut pasukan tersebut.

Love, 28, menjalani imbasan ke atas lututnya hujung minggu lalu selepas mengalami kesakitan pada sendi ketika kemenangan pasukannya 125-109 ke atas Denver.

Pada hari Isnin, pasukan tersebut telah mengumumkan bahawa Love kemudian menjalani penilaian lebih lanjut. Keesokan harinya Cavs telah mengesahkan bahawa dia telah menjalani pembedahan ke atas lututnya.

Prosedur itu dijalankan di New York di Hospital for Sepcial Surgery, menurut Cavs.

All-Star NBA sebanyak empat kali itu terlepas bagi perlawanan Cavs menentang Minnesota Timberwolves.

Bintang Cleveland Cavaliers, Kevin Love (0) dijangka berehat selama enam minggu selepas menjalani pembedahan ke atas lutut kirinya. – AP
Bintang Cleveland Cavaliers, Kevin Love (0) dijangka berehat selama enam minggu selepas menjalani pembedahan ke atas lutut kirinya. – AP

Love mempunyai purata 20.0 mata, 11.1 ‘rebound’ dan 1.9 asis bagi Cavaliers, yang telah memenangi lima daripada enam perlawanan kebelakangan ini dan memperbaiki kedudukan 37-16, rekod terbaik dalam Eastern Conference dan empat terbaik dalam liga secara keseluruhan.

Berita mengenai kecederaan Love tiba hanya beberapa minggu selepas LeBron James merungut mengenai kurangnya gaya permainan berterusan Cavs.

James menyalahkan rentetan kekalahan bulan Januari adalah kerana terlalu bergantung pada dirinya, Love dan Kyrie Irving. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA