Masalah mental di kalangan pelajar meningkat

Masalah mental di kalangan pelajar meningkat

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Kementerian Kesihatan pada tahun 2011 telah mengadakan kajian yang mendapati satu daripada 10 orang pelajar Malaysia disahkan mengalami masalah mental, dan selepas lima tahun, kajian terbaharu KKM pada 2016, mendapati nisbah itu meningkat mendadak kepada satu daripada lima pelajar.

Masalah mental pelajar ini sering dikaitkan dengan faktor keresahan atau kemurungan. – Bernama