Masalah pembiayaan ancam teleskop besar

Masalah pembiayaan ancam teleskop besar

ARECIBO, Puerto Rico, 20 Julai – Teleskop radio satu cakera terbesar di dunia terletak elok jauh di dalam bukit hutan subur Puerto Rico yang mana ia menjalankan tugas seperti mencari gelombang graviti, mendengarkan isyarat ruang angkasa dan menjejaki cakerawala yang mungkin dalam laluan pertembungan dengan Bumi.

Tetapi gambaran itu semakin malap bagi balai cerap Arecibo, yang memaparkan cakera berukuran 305 meter lebar yang digunakan dalam pencarian yang melibatkan bintang-bintang yang membawa kepada Hadiah Nobel.

Dana yang semakin berkurangan dari kerajaan AS dan pembinaan teleskop yang lebih besar dan lebih kuat di tempat seperti China dan Chile mengancam kewujudan teleskop ini meskipun ketika kumpulan ahli sains berkempen terus membukanya, dengan mengatakan ia masih digunakan bagi penyelidikan penting.

“Ia adalah teleskop yang paling sensitif di Bumi, dan itu adalah sebab utama mengapa kita harus terus membiayainya,” Robert Kerr, bekas pengarah balai cerap itu. “Dengan kekuatan sebegitu, saya boleh mendengar seekor semut berjalan di permukaan Marikh.”

Setiap tahun teleskop ini menarik kira-kira 90,000 pengunjung dan kira-kira 200 ahli sains yang datang untuk membuat penyelidikan. Pengunjung panggung wayang pernah menyaksikannya dalam filem Jodie Foster ‘Contact’ dan filem James Bond ‘GoldenEye’. – AP