Mashhor amal hidup sihat, bebas dadah

Mashhor amal hidup sihat, bebas dadah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 18 Feb – Lebih 20 orang kalangan pekerja Syarikat Mashhor General Contractor Sendirian Berhad (MGCSB) telah menjalani pemeriksaan air kencing yang diadakan buat pertama kali bagi suku tahun pertama 2016.

Pemeriksaan yang dijalankan ke atas pekerja di bahagian Pemuliharaan Penghawa Dingin MGCSB adalah sebahagian daripada program di bawah kendalian Bahagian Kesihatan dan Keselamatan Alam Sekitar (HSE) syarikat tersebut.

Dengan kerjasama yang berterusan dengan agensi kerajaan, MGCSB melalui program itu telah mengundang Biro Kawalan Narkotik (BKN) bagi mengendalikan bersama pemeriksaan, yang diketuai oleh Pegawai Narkotik, Hajah Norhayani binti Abdullah.

Pegawai dan kakitangan Jabatan HSSE MGCSB bersama pegawai BKN dalam menjayakan program pemeriksaan air kencing ke atas pekerja syarikat.
Pegawai dan kakitangan Jabatan HSSE MGCSB bersama pegawai BKN dalam menjayakan program pemeriksaan air kencing ke atas pekerja syarikat.

Program yang dikendalikan oleh Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (HSSE) MGCSB itu diketuai oleh Pengurusnya, Awang Mohd Rizal bin Dr. Haji Abdul Latif.

Program itu diadakan antara lain bertujuan untuk memastikan semua pekerja-pekerja di syarikat berkenaan bebas daripada terpengaruh dengan jenayah dadah dan juga sentiasa mematuhi piawaian tinggi HSE dan juga sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat, bebas daripada melakukan sebarang perbuatan yang melanggar peraturan dan memastikan tempat kerja yang sentiasa dalam keadaan produktif.

ARTIKEL YANG SAMA