Mashhor berjaya catat 1.5 Juta jam Tanpa Kehilangan Masa Kecederaan

Mashhor berjaya catat 1.5 Juta jam Tanpa Kehilangan Masa Kecederaan

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 12 Feb – Syarikat Mashhor General Contractor Sendirian Berhad melakarkan satu lagi sejarah apabila salah satu daripada projek utamanya iaitu, Land Realibility Maintenance and Construction (LRMC) berjaya mencatatkan sejumlah 1.5 Juta jam Tanpa Kehilangan Masa Kecederaan (LTI) (628 Goal Zero Days).

Sehubungan itu, majlis penyampaian anugerah penghargaan ke atas pencapaian tersebut diadakan di Dewan Persidangan Kuala Belait di sini dengan dihadiri Pengarah Aset Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad (BSP), Jaap Jan Klein Nagelvoort, selaku tetamu kehormat.

Juga hadir Pengerusi Syarikat Mashhor General Contractor Sendirian Berhad, Malai Haji Abdul Hamid bin Malai Haji Mashhor, serta pengarah-pengarah, timbalan pengarah, pengurus, serta penyelia, kakitangan Projek LRMC, pegawai-pegawai daripada Syarikat BSP dan sub-kontraktor.

Pada majlis itu, sijil-sijil penghargaan disampaikan kepada individu yang telah menyumbang kepada pencapaian tersebut serta kepada sub-kontraktor yang telah memberikan sokongan penuh ke atas projek berkenaan.

Projek utama Syarikat Mashhor General Contractor berjaya mencatatkan sejumlah 1.5 Juta jam Tanpa Kehilangan Masa Kecederaan (LTI).
Projek utama Syarikat Mashhor General Contractor berjaya mencatatkan sejumlah 1.5 Juta jam Tanpa Kehilangan Masa Kecederaan (LTI).

Antara syarikat yang menerima sijil penghargaan terdiri daripada Brunfield Sdn Bhd, International Reliability Service Sdn Bhd dan Baharuddin Associate Engineering Company.

Syarikat Mashhor General Contractor dalam satu kenyataan berkata, mereka akan terus bekerjasama dengan Syarikat BSP Sdn Bhd untuk meneroka peluang-peluang baru dan akan meningkatkan lagi perniagaan.

ARTIKEL YANG SAMA