Mashhor Group anjur kempen bersih tanah perkuburan

Mashhor Group anjur kempen bersih tanah perkuburan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 17 Jun – Mengambil sukut keberkatan di bulan Ramadan ini, kerja-kerja amal dan berkebajikan terus giat dilaksanakan oleh umat Islam di negara ini seperti yang dilakukan oleh Mashhor Group of Companies dengan bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan.

Lebih 30 orang pegawai dan kakitangan daripada Mashhor Waste Management (MWM), Mashhor Cleaning Services (MCS) dan Mashhor Group of Companies telah menyertai kerja amal di tanah perkuburan orang-orang Islam di Hujung Tanjung, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Kewangan dan Pentadbiran Kumpulan Syarikat-syarikat Mashhor, Sharifah Hajah Mariam binti Malai Haji Mashhor; Timbalan Pengarah Perhubungan Korporat, Haji Osman bin Haji Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Mashhor Waste Management Sdn Bhd, Malai Shamil Faris bin Malai Haji Abdul Hamid.

Lebih 30 orang kalangan pegawai dan kakitangan Mashhor Waste Management (MWM), Mashhor Cleaning Services (MCS) dan Mashhor Group of Companies terlibat dalam kerja amal, kelmarin.
Lebih 30 orang kalangan pegawai dan kakitangan Mashhor Waste Management (MWM), Mashhor Cleaning Services (MCS) dan Mashhor Group of Companies terlibat dalam kerja amal, kelmarin.

Aktiviti amal yang juga merupakan sebahagian daripada kegiatan tahunan syarikat tersebut, antara lain bertujuan memberikan penghormatan kepada ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia dan juga sebagai khidmat mereka kepada masyarakat sekeliling.

Sejurus sebelum aktiviti membersihkan tanah perkuburan diadakan, bacaan Tahlil dan Doa Arwah disedekahkan untuk ahli-ahli keluarga dan saudara mara Mashhor yang disemadikan di tanah perkuburan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA