Masih ada yang tidak kibarkan bendera

Masih ada yang tidak kibarkan bendera

Hari ini sudah 15 Februari, bermakna cuma tinggal 10 hari saja lagi negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan Negara yang ke-32.

Kita sudah dilaung-laungkan untuk mengibarkan bendera kebangsaan tetapi apa yang menyedihkan ada segelintir rumah dan bangunan kedai masih belum mengibarkan bendera negara sedangkan rumah-rumah dan bangunan-bangunan ini berada jelas di hadapan jalan-jalan utama.

Sangat menyedihkan lagi ada di antara bangunan kerajaan pun masih belum mengibarkan bendera negara. Ada juga bangunan-bangunan besar ini mengibarkan hanya satu bendera (asal ada sahaja).

Dimanakah perginya semangat Hari Kebangsaan kita? Tidakkah kita bangga menjadi rakyat Brunei?

Tidakkah ada jabatan-jabatan tertentu untuk memantau perkara sebegini? – DIND51

ARTIKEL YANG SAMA