Masih akhirnya jalani hukuman mati

Masih akhirnya jalani hukuman mati

ISLAMABAD, 10 Jun (dpa) – Seorang lelaki Pakistan yang disabitkan membunuh pada usia 15 tahun menjalani hukuman mati hari ini, menurut para pegawai, sehari selepas seorang lagi remaja yang disabitkan dengan kesalahan membunuh menerima penangguhan kali keempat daripada hukuman mati.

Aftab Bahadur Masih, kini 38 tahun, menjalani hukuman mati di penjara di bandar timur Lahore kerana membunuh tiga orang pada tahun 1992, menurut seorang pegawai penjara yang merahsiakan identitinya.

Pada ketika itu, usia minimum tanggung jawab sah di negara itu ialah 15 tahun, sebelum ia dinaikkan kepada 18 tahun pada tahun 2000.

Kumpulan hak asasi manusia, Reprieve, berkata polis telah menyeksa Masih sehingga membuat pengakuan.

“Ini adalah hari yang benar-benar mengaibkan sistem keadilan Pakistan,” kata Maya Foa, pengarah pasukan hukuman mati Reprieve.

Pelaksanaan hukuman mati ke atas masih dilakukan sehari selepas pihak berkuasa menangguhkan buat kali keempat hukuman gantung yang dijadualkan ke atas seorang lagi lelaki, Shafqat Hussain, yang menurut keluarganya dia berusia 14 tahun apabila disabitkan dengan kesalahan membunuh pada tahun 2004. Pada bulan Disember Pakistan telah menarik balik moratorium enam tahun hukuman mati, selepas militan Taliban membunuh 136 orang kanak-kanak di sebuah sekolah di Peshawar, bandar barat laut.

Kira-kira 150 pesalah telah dihukum gantung dalam tempoh enam bulan lalu, yang meletakkan Pakistan di kalangan negara yang mempunyai kadar tertinggi tahunan pelaksanaan hukuman mati, termasuk China, Iran dan Arab Saudi.

ARTIKEL YANG SAMA