Masjid Al-Muhtadee Billah semarak Hari Kebangsaan

Masjid Al-Muhtadee Billah semarak Hari Kebangsaan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Feb – Bersempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32, yang bakal diraikan pada 23 Februari ini, Masjid Al-Muhtadee Billah Kampung Sungai Kebun tidak terkecuali menyemarakkan semangat patriotik dengan mengadakan Upacara Menaikkan Bendera dan Riadah Berjalan Kaki.

Acara majlis berkenaan diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Al-Muhtadee Billah, Pengiran Mohd Amiruddin bin Pengiran Haji Tejuddin dengan acara Riadah Berjalan Kaki bermula dari masjid berkenaan di hujung jalan Kampung Sungai Kebun menuju ke Kompleks Sukan Sungai Kebun.

Menurut penganjur, antara tujuan majlis diadakan adalah bagi sama-sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan seterusnya mengeratkan hubungan para jemaah masjid.

Selain itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan, pihak masjid berkenaan juga akan ikut serta dalam Perhimpunan dan Perbarisan Hari Kebangsaan ke-32 yang mana ia merupakan penyertaan ke-7 mereka.

Riadah berjalan kaki menuju Kompleks Sukan Sungai Kebun.
Riadah berjalan kaki menuju Kompleks Sukan Sungai Kebun.
Gambar ramai warga Masjid Al-Muhtadee Billah sebelum riadah berjalan kaki.
Gambar ramai warga Masjid Al-Muhtadee Billah sebelum riadah berjalan kaki.

ARTIKEL YANG SAMA