Masjid Kampung Batu Marang anjur Kursus Fardu Kifayah

Masjid Kampung Batu Marang anjur Kursus Fardu Kifayah

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Dalam usaha berterusan mengimarahkan masjid dengan aktiviti berkebajikan, Majlis Takmir Masjid Kampung Batu Marang telah menganjurkan Kursus Fardu Kifayah yang diadakan di masjid berkenaan.

Seramai 24 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa takmir dan jemaah masjid berkenaan serta penduduk Kampung Batu Marang telah menyertai kursus berkenaan yang dimudah cara oleh Imam Masjid Kampung Batu Marang, Haji Burhanuddin bin Haji Damit.

Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Saiful Rizal bin Haji Abdul Ghafar ketika ditemu bual Media Permata menjelaskan, Kursus Fardu Kifayah, Pengurusan Jenazah itu merupakan aktiviti tahunan yang disusun sebagai menambah ilmu khususnya ibadat fardu kifayah kepada peserta yang berkeinginan mengikutinya.

“Kali ini kita hanya membukakan penyertaan kepada lelaki tetapi Insya-Allah dalam masa terdekat di bulan Februari ini kita akan menganjurkan kursus yang serupa buat ahli Muslimah masjid dan jemaah perempuan Masjid Kampung Batu Marang serta penduduk perempuan Kampung Batu Marang pula,” ujarnya. – Hasrulraizan

Kalangan peserta Kursus Fardu Kifayah di Masjid Kampung Batu Marang.
Kalangan peserta Kursus Fardu Kifayah di Masjid Kampung Batu Marang.

ARTIKEL YANG SAMA