Masjid Kampung Bukit terima wakaf kereta jenazah

Masjid Kampung Bukit terima wakaf kereta jenazah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 20 Mei – Masjid Kampung Bukit petang tadi, telah menerima sebuah kereta jenazah baru berupa van yang diwakafkan oleh keluarga Dato Seri Setia Haji Mahalle bin Haji Abdullah bagi kemudahan masjid tersebut dalam hal ehwal pengurusan jenazah.

Majlis penyerahan wakaf yang diadakan di masjid tersebut telah disampaikan oleh Dato Seri Setia Haji Mahalle kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh yang hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikannya kepada Ketua Imam Masjid Kampung Bukit, Haji Mohd Azley bin Haji Muhd Aliuddin.

Dato Seri Setia Haji Mahalle berharap kereta wakaf tersebut akan dapat memberikan kemudahan dan digunakan sebaik mungkin untuk kepentingan masyarakat Islam di kampung tersebut.

Dato Seri Setia Haji Mahalle menyampaikan wakaf kepada Haji Abdul Rajid.
Dato Seri Setia Haji Mahalle menyampaikan wakaf kepada Haji Abdul Rajid.
Semasa majlis tahlil dan doa arwah diadakan.
Semasa majlis tahlil dan doa arwah diadakan.

Kereta jenazah itu mempunyai ruang khas untuk meletakan jenazah dan beberapa peralatan untuk keperluan jenazah juga turut disediakan.

Sebelum majlis dimulakan, bacaan Tahlil dan Doa Arwah telah dibacakan oleh Imam Balai Ibadat Hajah Aminah Kampung Long Mayan, Awang Aliyan bin Abdullah Suawat.

ARTIKEL YANG SAMA