Masjid Kampung Bunut anjur sambutan 3 dalam 1

Masjid Kampung Bunut anjur sambutan 3 dalam 1

Oleh Sahama

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Masjid Kampung Bunut melalui Jawatankuasa Takmir/Muslimah Masjid Kampung Bunut dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung Bunut Perpindahan, Ikatan Persatuan Belia Bunut (IKERAB), baru-baru ini, mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di kawasan lapang masjid berkenaan, di sini.

Majlis tersebut juga diselajurkan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada ahli Jawatankuasa Takmir/ Muslimah Masjid sesi 2013–2016 dan penyampaian surat lantikan kepada jawatankuasa Takmir/Muslimah yang baru sesi 2016-2018.

Penyampaian sijil disempurnakan oleh Jemaah Penasihat, Dato Paduka Haji Zainal bin Momin dan Dato Paduka Haji Suni bin Haji Idris.

Jawatankuasa Takmir Masjid menerima sijil penghargaan.
Jawatankuasa Takmir Masjid menerima sijil penghargaan.

Antara tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk mengukuhkan ikatan silaturahim dalam kalangan jemaah masjid dan penduduk kampung sekitarnya. Di samping mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan sempena hari mulia serta memupuk semangat ukhwah.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penasihat Jawatankuasa Takmir/Muslimah Masjid Kampung Bunut dan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung, Haji Durahim bin Hassan, takmir masjid, penduduk kampung sekitarnya dan para jemaah masjid berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA