Masjid Kampung Lumapas turut semarakkan Ramadan

Masjid Kampung Lumapas turut semarakkan Ramadan

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Lumapas tidak ketinggalan dalam menghayati dan menyemarakkan malam-malam bulan Ramadan dengan tadarus Al-Quran.

Hadir bagi sama-sama menyemai ketakwaan serta mempamer kecintaan terhadap bulan penuh rahmat ini dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di Masjid Kampung Lumapas berkenaan ialah para penduduk berdekatan seperti Kampung Lumapas “A”, Kampung Lumapas “B” dan Perpindahan Kampung Kilugos.

Adapun antara lain tujuan Majlis Tadarus Al-Quran itu diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan AJK Takmir Masjid dengan para jemaah selain mengambil iktibar perkara yang berkebajikan dalam bulan Ramadan al-Mubaraq penuh kemuliaan ini.

Kalangan jemaah yang turut sama membaca Al-Quran semasa Majlis Tadrus Al-Quran di Masjid Kampung Lumapas berkenaan.
Kalangan jemaah yang turut sama membaca Al-Quran semasa Majlis Tadrus Al-Quran di Masjid Kampung Lumapas berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA