Masjid Kg. Batu Marang adakan ceramah sempena Maulud Nabi

Masjid Kg. Batu Marang adakan ceramah sempena Maulud Nabi

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Dis – Dalam sama-sama menyemarakkan lagi sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassala tahun 1437H, Masjid Kampung Batu Marang tidak ketinggalan mengadakan ceramah khas yang berlangsung di masjid berkenaan, baru-baru ini.

Ceramah bertajuk ‘Apa Ada Pada Maulidur Rasul?’ itu telah disampaikan oleh penceramah undangan, Ketua Zon Jabatan Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara, Haji Jamil bin Haji Ghani.

Majlis dimulakan dengan menunaikan solat Fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Saiful Rizal bin Haji Abdul Ghafar.

Haji Jamil ketika menyampaikan ceramah di masjid tersebut.
Haji Jamil ketika menyampaikan ceramah di masjid tersebut.

Hadir sama bagi memeriahkan ceramah khas berkenaan ialah ahli-ahli jawatankuasa takmir, Muslimah dan jemaah Masjid Kampung Batu Marang serta penduduk kampung tersebut.

Acara seumpamanya merupakan aktiviti tahunan Takmir Masjid Kampung Batu Marang dalam sama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam pada setiap 12 Rabiul Awal Tahun Hijrah.

ARTIKEL YANG SAMA