Masjid Kg. Batu Marang anjur Kursus Fardu Kifayah

Masjid Kg. Batu Marang anjur Kursus Fardu Kifayah

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – Masjid Kampung Batu Marang turut tidak ketinggalan dalam menganjurkan Kursus Fardu Kifayah untuk ahli Muslimah, jemaah serta penduduk wanita kampung berkenaan dan sekitarnya, baru-baru ini.

Kursus anjuran Takmir Masjid Kampung Batu Marang itu telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Pegawai Jabatan Hal Ehwal Masjid, Awang Saiful Rizal bin Haji Abdul Ghafar.

Kursus yang disertai seramai 58 orang peserta itu dikendalikan oleh Dayangku Dahsimah bin Pengiran Ismail dan Dayang Norlila binti Mohamad yang kedua-duanya dari Unit Tanah-tanah Perkuburan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Antara pengisian kursus ialah cara-cara pengurusan jenazah yang meliputi empat perkara utama iaitu memandikan, mengapankan, menyembahyangkan dan mengebumikan jenazah.

Kalangan peserta yang terlibat dalam sesi amali pengurusan jenazah bab mengapankan jenazah sambil ditunjuk ajar dua pemudah cara.
Kalangan peserta yang terlibat dalam sesi amali pengurusan jenazah bab mengapankan jenazah sambil ditunjuk ajar dua pemudah cara.

Awang Saiful Rizal ketika ditemu bual Media Permata menjelaskan, kursus itu merupakan salah satu daripada aktiviti takmir masjid yang termasuk dalam aktiviti tahunan dalam sama-sama mengimarahkan masjid berkenaan serta menambah ilmu para peserta khususnya dalam Fardu Kifayah.

Kursus berkenaan merupakan kesinambungan daripada kursus yang diadakan untuk lelaki pada awal Februari lalu.

ARTIKEL YANG SAMA