Masjid Kg Beribi anjur ceramah khas Hari Keluarga

Masjid Kg Beribi anjur ceramah khas Hari Keluarga

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Masjid Kampung Beribi, kelmarin, telah mengadakan majlis ceramah khas sempena Hari Keluarga Kebangsaan, yang diselajurkan dengan kempen kebersihan di kawasan masjid berkenaan.

Ceramah bertajuk Keluargaku Harapanku telah disampaikan oleh penceramah yang sudah tidak asing lagi, Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor.

Hadir di majlis itu ialah Penasihat Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Beribi, Dato Paduka Haji Othman bin Haji Yaakub, Penghulu Mukim Berakas ‘B’, Mejar (B) Haji Abu Bakar bin Haji Sapar, ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid, guru-guru dan para penuntut Sekolah Menengah Rimba 2, Sekolah Menengah Katok dan orang ramai.

Majlis kemudian diselajurkan dengan kempen membersihkan kawasan masjid yang disertai oleh anggota dari Balai Bomba Beribi.

Antara penduduk kampung yang menghadiri ceramah dan kempen kebersihan masjid Kg Beribi.
Antara penduduk kampung yang menghadiri ceramah dan kempen kebersihan masjid Kg Beribi.

ARTIKEL YANG SAMA