Masjid Kg Sg Liang terima wakaf

Masjid Kg Sg Liang terima wakaf

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 10 Julai – Masjid Kampung Sungai Liang, hari ini, telah menerima wakaf berupa pembinaan bangunan tandas dan jambatan penghubung laluan jemaah menuju ke masjid berkenaan, daripada Haji Kamis bin Haji Kassim.

Pada majlis yang berlangsung di masjid berkenaan, Haji Kamis menyerahkan wakaf tersebut kepada Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri yang seterusnya menyerahkannya kepada Imam Masjid Kampung Sungai Liang, Awang Noraffindy bin Norsabah. Bangunan tandas itu nanti akan mempunyai empat pintu dan akan dapat menampung keperluan penggunaan para jemaah di masjid itu dan juga masyarakat setempat dalam satu waktu.

Sehubungan dengan itu, apabila siapnya bangunan tandas itu nanti, pihak jawatankuasa takmir masjid berkenaan berharap ia akan dapat digunakan dengan sempurna, terutama sekali dari segi memelihara bersama kebersihannya serta penggunaan kemudahan-kemudahan yang disediakan dari semasa ke semasa.

Manakala itu, pembinaan jambatan untuk keperluan menyeberangi longkang dari kawasan kedai berdekatan masjid tersebut dijangka akan dapat memberikan keselesaan kepada para jemaah terutamanya penduduk kampung untuk hadir ke masjid berkenaan.

Penyerahan wakaf pembinaan tandas dan jambatan untuk Masjid Kampung Sungai Liang.
Penyerahan wakaf pembinaan tandas dan jambatan untuk Masjid Kampung Sungai Liang.

ARTIKEL YANG SAMA