Masjid kurun ke-15 berjaya diperbaiki

Masjid kurun ke-15 berjaya diperbaiki

TIMBUKTU, Mali, 21 Sept – Pintu kepada masjid yang dianggap keramat sejak abad ke-15 yang sebelum ini dimusnahkan oleh ekstremis di kota kuno itu empat tahun lalu, dipamerkan selepas dibaik pulih kepada asal.

‘Pintu rahsia’ Masjid Sidi Yahia yang terletak di kota tumpuan kafilah silam itu menjadi sasaran kemusnahan yang dilakukan oleh kumpulan berkaitan Al-Qaeda, Ansar Dine pada 2012, iaitu salah satu daripada beberapa kumpulan radikal yang merampas sebahagian kota di utara Mali pada tahun berkenaan.

Kira-kira 100 ahli politik dan pemimpin agama di Mali, diplomat serta wakil Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) berhimpun pada upacara perasmian yang diadakan dengan kawalan keselamatan yang ketat seperti dilaporkan wartawan AFP di lokasi.

Pekerja baik pulih masjid tersebut bergambar di hadapan pintu sebuah masjid abad ke-15 kelmarin yang telah dimusnahkan oleh kumpulan pengebom berani mati di bandar purba Mali Timbuktu empat tahun lalu, dan menandakan kejayaan mereka. - AFP
Pekerja baik pulih masjid tersebut bergambar di hadapan pintu sebuah masjid abad ke-15 kelmarin yang telah dimusnahkan oleh kumpulan pengebom berani mati di bandar purba Mali Timbuktu empat tahun lalu, dan menandakan kejayaan mereka. – AFP

“Hari ini sangat penting,” kata imam masjid, Alphadi Wandara. “Sejak (hari) nenek moyang kami, untuk berabad-abad pintu itu berada dalam keadaan demikian: tertutup.”

Azan berkumandang di masjid yang disenaraikan oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia sejak 1988. Pekerja mahir UNESCO mengambil masa lima bulan untuk membaik pulih semua pintu terbabit pada tahun ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA