Masjid, MPK agih daging korban

Masjid, MPK agih daging korban

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 25 Sept – Sambutan Hari Raya Korban terus dimeriahkan di Temburong apabila Ahli Takmir Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar dan Majlis Perundingan Kampung Seri Tanjung Belayang/Batang Tuau mengadakan pengagihan daging korban hari ini.

Pengagihan berlangsung di perkarangan masjid dan kawasan lapang Rumah Ketua Kampung Seri Tanjung Belayang. Tiga ekor kerbau dikorbankan oleh Ahli Takmir Masjid Utama Mohammad Salleh manakala dua ekor dikorbankan oleh MPK Seri Tanjung Belayang/Batang Tuau.

Pengagihan daging korban masing-masing disempurnakan oleh imam masjid dan isteri ketua kampung Seri Tanjung Belayang kepada lebih 200 orang penerima yang layak.

Menurut seorang ahli Takmir Masjid Utama Mohammad Salleh, majlis korban ini berjaya menyatukan silaturahim dalam kalangan semua peringkat umur ahli dan penduduk kampung serta dapat menggandakan amalan kebajikan.

Sebahagian daripada Ahli-Ahli Takmir Masjid berkenaan bergotong royong menyembelih binatang korban di Perkarangan Masjid.
Sebahagian daripada Ahli-Ahli Takmir Masjid berkenaan bergotong royong menyembelih binatang korban di Perkarangan Masjid.

ARTIKEL YANG SAMA