Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel terima sumbangan wakaf

Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel terima sumbangan wakaf

TUTONG, 1 Feb – Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Mukim Kiudang telah menerima sumbangan wakaf berupa wang tunai daripada bekas-bekas pelajar Berakas English School (Sekolah Menengah Berakas-SMB) sesi 1983-1990 yang berlangsung di masjid berkenaan, baru-baru ini.

Penyerahan sumbangan wakaf berkenaan telah disampaikan oleh wakil bekas pelajar SMB, Awang Hamly bin Mohd Salleh kepada Penolong Pegawai Masjid, Haji Abdul Aziz bin Badul serta ahli-ahli takmir masjid itu.

Sumbangan wakaf tersebut adalah bagi pembelian kenderaan jenazah bagi kegunaan masjid berkenaan yang telah dibukakan sejak 1 Februari 2015 dan akan ditutup pada 29 Februari 2016 ini. – Hamdanajib Haji Domeng

Penyerahan sumbangan wakaf disampaikan oleh bekas-bekas pelajar Berakas English School sesi 1983-1990.
Penyerahan sumbangan wakaf disampaikan oleh bekas-bekas pelajar Berakas English School sesi 1983-1990.

ARTIKEL YANG SAMA