Masjid PSBSOAS lancar majalah ke-5

Masjid PSBSOAS lancar majalah ke-5

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jan – Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (PSBSOAS) Kampung Katimahar, semalam, telah melancarkan majalah masjid berkenaan sejurus selepas solat fardu Maghrib berjemaah.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pelancaran majalah berkenaan ialah Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Amir Hisyam bin Haji Masri.

Majlis berkenaan turut diselajurkan dengan pelancaran bangunan tambahan bagi jemaah lelaki yang turut disempurnakan tetamu kehormat majlis dengan disaksikan para jemaah masjid berkenaan.

Imam Masjid PSBSOAS, Haji Hassan bin Haji Taha semasa menyampaikan ucapan selaku pengerusi majlis menjelaskan, majalah tersebut merupakan edisi ke-5 yang diterbitkan setiap tahun bermula 2011 yang membuktikan semangat dan sokongan tidak berbelah bahagi ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid serta jemaahnya.

Pelancaran edisi ke-5 Majalah Masjid PSBSOAS, Kampung Katimahar, kelmarin.
Pelancaran edisi ke-5 Majalah Masjid PSBSOAS, Kampung Katimahar, kelmarin.

pg07_160104_b

Antara jemaah yang hadir pada majlis berkenaan.
Antara jemaah yang hadir pada majlis berkenaan.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada pegawai-pegawai masjid yang menjadi tulang belakang dalam hal ehwal pentadbiran masjid serta kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majalah edisi kali ini dan juga dalam menjayakan aktiviti yang dirancang pihak takmir masjid.

Menurutnya tanpa penglibatan ini perancangan dan kegiatan yang dirancang tidak akan berjaya diadakan kerana pemikiran dan permesyuaratan merupakan medium terbaik untuk menjadikan satu-satu perancangan itu realiti.

Majalah berkenaan memberikan fokus kepada jemaah masjid dan juga aktiviti yang berlangsung sepanjang tahun 2015 yang berjaya dianjurkan dan dilaksanakan oleh pihak masjid.

Mengulas mengenai tahun 2016 pula, beliau berkata, setakat ini 13 kegiatan telah dirancang tidak termasuk kegiatan harian dan mingguan.

ARTIKEL YANG SAMA