Masjid PSBSOAS rai 19 pelajar

Masjid PSBSOAS rai 19 pelajar

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Seramai 19 pelajar Kelas Al-Quran dan Muqaddam Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (PSBSOAS), Kampung Katimahar telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di masjid berkenaan, kelmarin.

Pelajar-pelajar tersebut merupakan pelajar Kelas Al-Quran dan Muqaddam di Masjid PSBSOAS yang telah berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran sehingga 30 Juzuk.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara, Haji Jamil bin Haji Abdul Ghani.

Gambar ramai kenangan pelajar-pelajar Kelas Al-Quran dan Muqaddam Masjid PSBSOAS yang mengikuti Majlis Khatam Al-Quran.
Gambar ramai kenangan pelajar-pelajar Kelas Al-Quran dan Muqaddam Masjid PSBSOAS yang mengikuti Majlis Khatam Al-Quran.

Majlis Khatam Al-Quran ini merupakan salah satu aktiviti tahunan jawatankuasa takmir masjid dalam usaha memberikan ilmu pengetahuan khususnya pada para pelajar yang mengikuti Kelas Al-Quran dan Muqaddam supaya mereka betul-betul pandai terutama sekali dalam pembelajaran Al-Quran.

Antara tujuannya adalah untuk meraikan pelajar-pelajar yang mengkhatamkan bacaan 30 juzuk di samping menggalakkan mereka membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian dan memupuk semangat cintakan Al-Quran.

ARTIKEL YANG SAMA