Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah anjur walkaton sempena HK-32

Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah anjur walkaton sempena HK-32

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Feb – Dalam usaha mengimarahkan Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar, Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid berkenaan telah mengungkayahkan Walkaton sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan (HK) Negara Brunei Darussalam Ke-32 pada tahun ini.

Aturcara majlis bermula dengan Ceramah Khas bertajuk ‘Generasi Berwawasan Bersama Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam’ yang telah disampaikan oleh penceramah undangan, Dr. Harapandi.

Selepas ceramah, para jemaah masjid dan penduduk Kampung Sungai Akar telah berkumpul di perkarangan depan masjid bagi acara menaikkan bendera Negara Brunei Darussalam sambil menyanyikan lagu kebangsaan, ‘Allah Peliharakan Sultan’.

Acara diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan sesi senaman pemanasan badan. Kemudian acara walkaton dimulakan dengan laungan takbir dan salawat sebanyak tiga kali di bawah pimpinan Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Symsul Nizam bin Haji Badar.

Sesi pemanasan badan di perkarangan masjid sebelum walkaton dimulakan.
Sesi pemanasan badan di perkarangan masjid sebelum walkaton dimulakan.

Turut serta dalam walkaton yang bermula dari masjid berkenaan ke Sekolah Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) Sungai Akar dan berpatah balik ke masjid berkenaan ialah Ketua Kampung Sungai Akar, Awang Haji Ramlee bin Haji Mohd Zain, ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Perundingan Kampung Sungai Akar, AJK Takmir dan jemaah Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah serta penduduk kampung Sungai Akar.

Acara tersebut juga diadakan bertujuan untuk menanam semangat patriotisme dalam kalangan jemaah masjid dan penduduk kampung berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA