Masjid Serusop adakan Majlis Penutup Dikir

Masjid Serusop adakan Majlis Penutup Dikir

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Dis – Masjid Mohammed Bolkiah, Kampung Serusop semalam mengakhiri dikir sempena sambutan Maulud Nabi S.A.W 1437 hijrah.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Rajid bin Haji Mohd Salleh.

Turut hadir ialah pegawai dan kakitangan di Jabatan berkenaan dan juga ahli jawatankuasa takmir masjid dan penduduk sekitarnya.

Majlis dikir diserikan dengan Dikir Syarafil Anam bagi mengakhiri laungan dikir selama 12 malam berturut-turut untuk memeriahkan sambutan Maulidur Rasul di seluruh negara.

Antara jemaah masjid yang hadir pada majlis penutup dikir tersebut.
Antara jemaah masjid yang hadir pada majlis penutup dikir tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA