Masjid Setia Ali adakan dikir, ceramah Maulud Nabi

Masjid Setia Ali adakan dikir, ceramah Maulud Nabi

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Dis – Dalam sama-sama menyemarakkan lagi Sambutan Maulidur Rasul 1437 Hijrah, ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Setia Ali, Pekan Muara tidak ketinggalan mengendalikan majlis ceramah yang disusuli dengan majlis penutup dikir, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Serasa, Mejar (B) Haji Johari bin Haji Abdul Razak. Ceramah pada majlis tersebut disampaikan oleh penceramah undangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Jopri bin Haji Hidup

Imam masjid berkenaan ketika ditemui menegaskan bahawa majlis berdikir selama 12 malam berturut-turut telah sempurna diadakan dengan jayanya bagi tahun 1437 Hijrah melalui hikmah dan kerjasama yang erat daripada semua ahli jawatan kuasa takmir masjid serta jemaah dan penduduk kampung yang mengendalikan majlis itu.

“Kita berbangga untuk terus menerus menanai dan mengimarahkan majlis seperti ini sebagai pengorbanan dan tanda kecintaan serta sanjungan kepada
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,” ujarnya lagi. Majlis itu, katanya, diharap akan dapat mengekalkan adat budaya kita orang-orang Brunei dengan mengalunkan beberapa lagu dikir pada setiap menjelangnya sambutan Majlis Maulud Nabi pada setiap tahun.

Haji Jopri ketika menyampaikan ceramah beliau.
Haji Jopri ketika menyampaikan ceramah beliau.
Antara jemaah masjid yang menyertai laungan dikir pada majlis berkenaan.
Antara jemaah masjid yang menyertai laungan dikir pada majlis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA