Masjid SOAS anjur Halaqah Zikir

Masjid SOAS anjur Halaqah Zikir

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Bersesuaian dengan identitinya sebagai Raudhah al-Zikr, Masjid Omar ‘Ali Saifuddien hari ini mengadakan Program Halaqah Zikir bagi pegawai dan kakitangan kerajaan serta syarikat swasta.

Ia merupakan program bulanan yang diadakan pada minggu pertama setiap bulan sebagai menyahut hasrat dan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir.

Selain itu, ia juga bertujuan berdoa semoga Negara Brunei Darussalam, khasnya jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan sekolah-sekolah yang terlibat ini akan sentiasa diberkati Allah, mencapai kejayaan, diluaskan pintu rezeki, dijauhi dari sebarang bala bencana dan akan menjadi jabatan atau syarikat yang menitik beratkan nilai-nilai Islam yang unggul.

Antara jemaah lelaki yang menyertai Halaqah Zikir itu.
Antara jemaah lelaki yang menyertai Halaqah Zikir itu.

Halaqah Zikir hari ini adalah yang terakhir bagi tahun 2015 dan diketuai oleh Mudim Haji Amran bin Haji Mohd Salleh.

Acara pada hari ini dimulakan dengan sembahyang sunat hajat dan dikuti bacaan Surah Yasin. Sebelum bersurai Penguasa Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Awang Zulkifli bin Haji Murat membacakan doa khas bagi Halaqah Zikir tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA