Masjid Sultan Sharif Ali adakan penutup dikir

Masjid Sultan Sharif Ali adakan penutup dikir

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Dis – Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Dikir Maulud Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W bagi Tahun 1437 Hijrah yang berlangsung di masjid itu.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Harun bin Haji Junid; Timbalan Setiausaha Tetap di KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja’ah; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh dan Penghulu Mukim Sengkurong, Haji Musa bin Haji Tahir.

Dato Paduka Haji Abdul Mokti ketika memimpin bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan majlis dikir berkenaan.
Dato Paduka Haji Abdul Mokti ketika memimpin bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan majlis dikir berkenaan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Antara jemaah masjid dan penduduk kampung yang hadir pada majlis tersebut.
Antara jemaah masjid dan penduduk kampung yang hadir pada majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Isyak berjemaah yang telah diimamkan oleh Imam Masjid Sultan Sharif Ali, Haji Hamdini bin Haji Garif.

Seterusnya, Surah Al-Fatihah dibacakan oleh Dato Paduka Haji Abdul Mokti bagi memulakan majlis dikir yang telah dilaungkan oleh jemputan daripada Pasukan Dikir Barakah, Pasukan Dikir dari Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Kg Mulaut dan Pasukan Dikir Jabatan Penjara.

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi mengingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, di samping menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W serta mengeratkan lagi tali silaturahim antara AJK takmir masjid berkenaan dengan rombongan dari KHEU.

ARTIKEL YANG SAMA