Masjid UBD terima sumbangan wakaf

Masjid UBD terima sumbangan wakaf

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini, telah menerima sumbangan wakaf yang disampaikan pada Majlis Tadarus anjuran Jabatan Perkhidmatan Pengurusan bersama Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Bahagian Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam di Jabatan Perdana Menteri dan juga Jawatankuasa Takmir Masjid UBD.

Wakaf berupa peralatan seperti pembersih hampagas dan jet-air bagi kegunaan masjid berkenaan telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim selaku tetamu kehormat majlis kepada imam masjid berkenaan, Haji Jufri bin Haji Hidup.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, setiausaha tetap, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan di JPM.

Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman menyampaikan sumbangan wakaf kepada imam masjid UBD.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman menyampaikan sumbangan wakaf kepada imam masjid UBD.

Selepas penyerahan wakaf tersebut, majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin sebelum bacaan Tadarus Al-Quran.

Majlis berkenaan juga diselajurkan dengan bacaan Tahlil yang dipimpin oleh Haji Ahmad Tarmiji bin Haji Mohd Daud, manakala itu, Doa Arwah dan Doa Selamat dibacakan oleh Imam Masjid UBD.

ARTIKEL YANG SAMA