Massa bersara hujung musim ini

Massa bersara hujung musim ini

MONZA, Itali, 2 Sept – dengan dedikasi kepada mentor Michael Schumacher, pemandu Williams, Felipe Massa semalam mengumumkan dia akan bersara dari Formula Satu pada akhir musim ini.

Pemandu dari Brazil itu, 35, berkata dia memilih untuk membuat pengumuman itu pada Grand Prix Itali kerana ia adalah di mana Schumacher membuat pengumuman persaraannya sedekad lalu, yang memberikan laluan bagi Massa untuk kekal di Ferrari.

“Satu-satunya cara bagi saya untuk kekal adalah untuknya berhenti,” kata Massa. “Dia memilih untuk memberikan saya pilihan ini untuk kekal. (Itali) adalah negara kedua yang saya sukai dan saya rasa ini adalah tempat penting untuk melakukannya.”

Massa membuat pengumuman itu pada sidang akhbar di samping penolong ketua pasukan, Claire Williams.

“Saya lebih berasa gentar sekarang berbanding semua permulaan perlumbaan saya,” kata Massa. “Selepas 27 tahun kerjaya perlumbaan saya, sejak saya mula memandu kart dan dengan 15 tahun di F1, ini adalah musim terakhir saya dalam F1…ia adalah lapan perlumbaan terakhir saya dalam F1 yang saya nikmati sebaiknya.”

Felippe Massa mengumumkan persaraannya dari dunia Formula Satu hujung musim ini.  - AFP
Felippe Massa mengumumkan persaraannya dari dunia Formula Satu hujung musim ini.
– AFP

Kontrak Massa akan berakhir pada hujung musim ini.

Dalam 14 musim bersama F1, Massa mencatatkan 11 kemenangan, 41 podium dan 16 kedudukan teratas. Dia membuat kemunculannya bersama Sauber pada 2002 dan berpindah ke Ferrari pada 2006, bersama Schumacher.

Massa hampir memenangi gelaran pemanduan pada 2008, menamatkan satu mata di belakang Lewis Hamilton.

Kerjayanya berada dalam perlahan dengan kecederaan mata yang serius ketika kelayakan bagi Grand Prix Hungary 2009.

Massa berada di musim ketiga di Williams. Dia berada di kedudukan ke-10 dalam senarai pemanduan musim ini. – AP