Mastani juara larian amal Miri

Mastani juara larian amal Miri

Oleh Hasrulraizan

 

MIRI, SARAWAK, 4 Ogos – Mastani bin Mohd Yussop mengharumkan nama Negara Brunei Darussalam apabila menamatkan larian 10 kilometer (km) dalam Larian Amal Dynasty Ke-12, 2015 di tempat pertama dengan masa 34 minit 29 saat.

Mastani mendapat tentangan sengit daripada pemenang tempat kedua iaitu Dennis Chai Li Wei yang hanya ketinggalan 5 saat di belakangnya. Tempat ketiga pula dimenangi Mohd Firdaus Rahman dengan catatan masa 35 minit 38 saat.

Menyempurnakan penyampaian hadiah kepada Mastani selaku juara Kategori A: Lelaki Terbuka itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Datuk Lee Kim Shin. Melepaskan para pelari di garis permulaan ialah ADUN Telang Usan, Dennis Ngau Lee.

Sejumlah 2,150 peserta menyertai larian di Miri itu baru-baru ini yang bermula dan berakhir di Hotel Dynasty.

Mastani ketika menerima hadiah Juara Kategori A Lelaki Terbuka dari Ahli Parlimen Malaysia, Datuk Lee Kim Shin (empat kanan).
Mastani ketika menerima hadiah Juara Kategori A Lelaki Terbuka dari Ahli Parlimen Malaysia, Datuk Lee Kim Shin (empat kanan).

Larian amal itu mempertandingkan 10 kategori, di mana empat buah rumah amal iaitu Pibakis Piasau Miri, PDK Morsjaya, Society for the Blind Centre dan MRC (Miri Chapter Kidney Dialysis Centre), telah menerima RM5,000 setiap satu daripada kutipan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA