Masters ke-80 bermula

Masters ke-80 bermula

AUGUSTA, AS, 6 April – Pemain ranking teratasJason Day, juara bertahan Jordan Spieth, pemburu gelaran Grand Slam Rory Mcllroy dan hos pesaing elit telah mencetuskan paras keterujaan yang amat tinggi bagi Masters ke-80.

Seramai 89 pemain yang memulakan pertandingan di Augusta National pagi esok dalam memburu jaket hijau, juara Masters, tetapi hanya seorang akan menyarungkan jaket itu Ahad ini.

Day dari Australia menjadi juara di Bay Hill dan WGC Match Play. Mcllroy dari Ireland Utara menemukan rentaknya pada masa yang tepat dan kemenagan berturut-turut Speith dari AS dari tahun lepas masih bergema di Georgia.

Tambahan Adam Scott dari Australia, juara dua kali bulan lalu termasuk pemain ranking keempat, Bubba Watson juara dua kali masters, pemenang Player 2015 Rickie Fowler dan juara utama lima kali Phil Mickleson dan peringkat itu akan bersedia bagi persaingan di atas padang golf yang terkemuka.

“Saya akan menikmati persaingan Ahad ini bersama Speith, Mcllroy, Fowler ,Scott, Watson dan Mickelson,” kata Day. “Ia lebih menyeronokkan.

Davis Love III dari AS membuat pukulan semasa latihan untuk Kejohanan Masters di Augusta, semalam. - AFP
Davis Love III dari AS membuat pukulan semasa latihan untuk Kejohanan Masters di Augusta, semalam. – AFP

Day telah memenangi enam dari 13 pertandingan lalunya termasuk gelaran pertamanya pada Kejohanan PGA tahun lepas, untuk mengatasi Spieth sebagai pemain nombor satu dunia.

“Saya merasa lebih selesa di mana saya berada, berjalan di atas tanah, nombor satu dunia, ia dirasakan bagus,” kata Day. “Tetapi saya tahu saya tidak dapat untuk mengabaikannya, kerana banyak perkara boleh berubah dengan cepat.”

Day cuba untuk menjadi pemain kelima untuk memenangi PGA setahun dan Master seterusnya untuk menyertai Phil Mickelson, Tiger Woods, Jack Nicklaus dan Sam Snead.

“Ia adalah sukar dengan bagaimana semua orang beraksi,” kata Day. “Jordan dan Rory adalah pemain muda, jadi kami memberikan semangat sesama sendiri, begitu juga dengan Rickie. – AFP