Masters ke-80 penuh drama

Masters ke-80 penuh drama

AUGUSTA, AS, 7 April (AFP) – Lelaki terakhir yang menyertai kejohanan mungkin lelaki pertama yang keluar daripada pertandingan Masters ke-80 yang sedang dilangsungkan di Augusta, hari ini, dengan pemain generasi baru Jason Daym, Jordan Spieth dan Rory Mcllroy semuanya melakukan permulaan yang kukuh.

Jim Herman yang berusia 38 tahun memenangi pertandingan pertamanya dalam 106 pertandingan di Terbuka Houston Ahad lalu untuk menempat tiket dalam empat pertandingan pertama tahun ini.

Dia akan mendapatkan masanya sebagai pesaing pertama untuk membuat pukulan sejurus selepas legenda-legenda Masters, Jack Nicklaus dan Gary Player melakukan peranan mereka sebagai satu penghormatan memulakan pertandingan.

Nama-nama besar akan menyusul kemudian dalam apa yang diramalkan berangin kencang dan pagi yang hujan.

Juara bertahan, Speith adalah yang pertama beraksi pada 9:48 pagi (1348 GMT) diiringi oleh Paul Casey dari England dan pemain amatur AS muda yang semakin meningkat, Bryson DeChambeau.

Jack Nicklaus membuat pukulan semasa merasmikan Kejohanan Masters di Augusta semalam. – AFP
Jack Nicklaus membuat pukulan semasa merasmikan Kejohanan Masters di Augusta semalam. – AFP

Pemain dari Texas itu menang dengan empat pukulan pada tahun lepas dengan menyamai rekod 18 bawah par dan dua bulan kemudian dia menambah gelaran Terbuka AS.

Pemain nombor satu dunia, Day, yang memburu kemenangan utama berturut-turut selepas kejayaannya dalam Kejohanan PGA pada Ogos lalu, memulakan persaingan pada 1:06 petang, beraksi bersama Matt Kuchar dan veteran Afrika Selatan, Ernie Els.

Mcllroy, yang membuat bidaan kedua untuk menjadi pemain keenam memenangi kesemua empat pertandingan utama, adalah lelaki terakhir beraksi pada 2:01 petang bersama rakan sepasukan dari Piala Ryder, Martin Kaymer dan Bill Haas.

Ia bukanlah kedudukan yang ideal, tetapi pemain dari Ireland Utara itu berkata dia akan melakukan dengan permainannya.

ARTIKEL YANG SAMA