Masuk percuma ke muzium pada Hari Wanita

Masuk percuma ke muzium pada Hari Wanita

ROM, 7 Mac (dpa) – Kaum wanita yang mengunjungi muzium kerajaan Itali pada Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac akan diberi kemasukan percuma bermula tahun ini, kata Menteri Kebudayaan, Dario Franceschini hari ini.

Acara istimewa juga akan dijadualkan diadakan di beberapa buah muzium di seluruh negara pada Selasa untuk meraikan hari berkenaan, kata menteri dalam satu kenyataan.

Terdapat ratusan muzium awam, monumen dan tapak arkeologi yang dikenakan bayaran di Itali.

Yang paling terkenal adalah Colosseum dan Roman Forum, runtuhan purba Pompeii dan Galeri Uffizi Rom di Florence, di mana tiket harga penuh bernilai 8-12 euro (AS$9-$13).

Hari Wanita Antarabangsa meraikan pencapaian wanita dari segi sosial, ekonomi, budaya dan politik serta menandakan satu tindakan bagi kesaksamaan gender.