Masyarakat Bangladesh meriahkan Aidiladha

Masyarakat Bangladesh meriahkan Aidiladha

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Sept – Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Brunei Darussalam, hari ini, telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha bagi masyarakat Bangladesh yang dihadiri oleh kira-kira 250 jemputan.

Pada majlis yang berlangsung di bangunan suruhanjaya berkenaan di Sungai Hanching, para jemputan telah disajikan dengan hidangan bufet masakan Bangladesh termasuk ‘Semai’ dan beberapa hidangan manis yang hanya dihidangkan semasa Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdul Hye memberitahu media, majlis berkenaan adalah bagi memperingati hari-hari kebesaran Islam di samping menyambut Aidiladha yang tidak ada bezanya di Brunei ataupun di Bangladesh walaupun jauh dari negara asal.

“Sambutan ini diadakan buat kali ke-4 saya di negara ini dan membolehkan kami saling kenal-mengenali di antara satu sama lain,” ujar beliau sambil menambah, majlis sambutan telah diisi dengan sembahyang berjemaah, majlis korban dan juga mengadakan lawatan ahli-ahli keluarga yang berada di negara ini.

Bergambar ramai bersama Tuan Yang Terutama Mohammed Abdul Hye bersama para jemputan dan ahli keluarga beliau.
Bergambar ramai bersama Tuan Yang Terutama Mohammed Abdul Hye bersama para jemputan dan ahli keluarga beliau.

ARTIKEL YANG SAMA