Masyarakat India rai Hari Yoga Antarabangsa

Masyarakat India rai Hari Yoga Antarabangsa

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Masyarakat India di Negara Brunei Dasrussalam meraikan Hari Yoga Antarabangsa Pertama 2015 dengan mengadakan pelbagai acara senaman menurut ajaran meditasi yoga.

Duta Besar India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Ashok Kumar Amrohi, hari ini, turut mengadakan sesi senaman yoga di kediaman rasminya di Jalan Kota Batu.

Kira-kira 50 orang warga India yang menetap di negara ini menghadiri sesi senaman itu yang diketuai oleh seorang pengamal yoga dari Kuala Belait, Dharma.

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh TYT Dr Ashok Kumar Amrohi yang diikuti dengan rakaman ucapan Perdana Menteri India, Narendra Modi, sempena sambutan Hari Yoga Antarabangsa 2015.

Dharma menjelaskan cara betul melakukan senaman yoga
Dharma menjelaskan cara betul melakukan senaman yoga
Tuan Yang Terutama Dr Ashok Kumar Amrohi menyampaikan ucapan alu-aluan
Tuan Yang Terutama Dr Ashok Kumar Amrohi menyampaikan ucapan alu-aluan

Dharma kemudiannya menyampaikan taklimat ringkas mengenai sejarah, signifikan dan bentuk-bentuk senaman dalam ajaran yoga serta manfaatnya kepada kerohanian, jasmani dan kesihatan tubuh badan pengamal yoga yang kini sudah berusia 4,500 tahun.

Acara senaman dan sambutan Hari Yoga Antarabangsa 2015 diakhiri dengan jamuan makan tengah hari yang diberikan oleh TYT Dr Ashok Kumar Amrohi.

ARTIKEL YANG SAMA