Masyarakat India rai Onam

Masyarakat India rai Onam

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept – Masyarakat India di Brunei yang berasal dari Kerala, Selatan India hari ini menyambut perayaan Onam bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa di Berakas.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Ashok Kumar Amrohi, dan ketibaan beliau disambut oleh Pengerusi Perayaan Onam 2015, Sabu Kuttemperoor dan semua yang hadir.

Sabu Kuttempperoor dalam ucapannya mengatakan, Perayaan Onam merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat India yang berasal dari Kerala, Selatan India bagi memperingati penjelmaan Vamana kepada Vishnu dan kepulangan Maharaja Mahabali.

Tuan Yang Terutama Dr Ashok Kumar Amrohi (empat dari kanan) beramah mesra dengan Sabu Kuttemperoor.
Tuan Yang Terutama Dr Ashok Kumar Amrohi (empat dari kanan) beramah mesra dengan Sabu Kuttemperoor.
Sebahagian daripada penari kanak-kanak memasuki dewan untuk mempersembahkan tarian mereka.
Sebahagian daripada penari kanak-kanak memasuki dewan untuk mempersembahkan tarian mereka.

Katanya, perayaan itu disambut di seluruh Wilayah Kerala pada bulan Chingam (Ogos hingga September) selama 10 hari dan sepanjang tempoh itu pelbagai acara diadakan, antaranya seni membuat permaidani bunga, jamuan makan dan perlumbaan bot ular.

Pelbagai acara kebudayaan seperti nyanyian dan tarian oleh kanak-kanak dan penyampaian cenderahati diadakan untuk menghibur tetamu yang hadir.

ARTIKEL YANG SAMA