Masyarakat India rai warna-warni kebudayaan

Masyarakat India rai warna-warni kebudayaan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Abdul Hakiim Yakof

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Persatuan Warga India Bandar Seri Begawan, kelmarin, telah mengadakan sambutan warna-warni kebudayaan dan kemerdekaan India di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

Hadir bersama masyarakat India ke majlis itu ialah Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Ashok K Amrohi yang dialu-alukan oleh Presiden persatuan berkenaan, Dr Prema Sundrapandi.

Di awal majlis, sebagai tradisi masyarakat India, tetamu kehormat telah menyalakan lentera sebelum menyampaikan ucapan.

Tuan Yang Terutama antara lain melahirkan perasaan berbesar hati, bagi mewakili Suruhanjaya Tinggi India di Brunei, atas keprihatinan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada masyarakat India di negara ini.

Tuan Yang Terutama Dr Ashok K Amrohi ketika menyalakan lentera sambil disaksikan Dr Prema Sundrapandi.
Tuan Yang Terutama Dr Ashok K Amrohi ketika menyalakan lentera sambil disaksikan Dr Prema Sundrapandi.
Antara salah satu persembahan menarik masyarakat India di majlis yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.
Antara salah satu persembahan menarik masyarakat India di majlis yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

Beliau menyuarakan harapan supaya ia akan berterusan dan, bagi mewakili seluruh warga India di negara ini, untuk terus komited memberikan sumbangan kepada Brunei dalam pelbagai aspek yang perlu.

Majlis turut menyaksikan tayangan video dan penghormatan kepada mendiang Presiden India, Dr APJ Abdul Kalam yang meninggal dunia pada 27 Julai 2015.

ARTIKEL YANG SAMA