Masyarakat India sambut perayaan Pongal

Masyarakat India sambut perayaan Pongal

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mac – Persatuan India di Negara Brunei Darussalam, hari ini, telah meraikan Perayaan Tuaian Pongal dalam majlis yang berlangsung di Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien di ibu negara.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nagma M. Mallick.

Presiden Persatuan India Brunei Darussalam, Dr Sundrapandi ketika ditemui media menjelaskan, Perayaan Tuaian Pongal biasa disambut selama tiga hari pada bulan Januari bermula 15 hingga 18 Januari setiap tahun.

Puan Yang Terutama Nagma M.Mallick hadir pada majlis itu.
Puan Yang Terutama Nagma M.Mallick hadir pada majlis itu.
Sebahagian masyarakat India yang hadir pada majlis itu.
Sebahagian masyarakat India yang hadir pada majlis itu.

“Perayaan Tuaian Pongal ini disambut dengan penuh semangat oleh kaum India dan di negara Brunei, perayaan ini disambut bergantung kepada masa lapang bagi masyarakat India di negara ini,” jelasnya.

Bagi masyarakat India di negara ini, tambah beliau, perayaan seumpama ini diadakan setiap tahun dengan tujuan untuk memperlihatkan tradisi ini kepada anak-anak muda India.

Majlis sambutan yang dihadiri oleh lebih 100 orang masyarakat India di negara ini itu diserikan dengan persembahan kebudayaan masyarakat India.

ARTIKEL YANG SAMA