Mata bantu ke...

Mata bantu kemaraan United

MANCHESTER, 17 Mac – Juan Mata telah menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika Manchester United merekodkan kemenangan penting 1-0 ke atas FC Rostov awal pagi tadi untuk mara ke suku akhir Piala Europa.

Mata menemui sasaran ketika perlawanan berbaki 20 minit, melengkapkan agregat kemenangan 2-1 yang membawa United ke peringkat lapan pasukan terakhir Europa buat pertama kali sejak 1985.

United akan berdepan dengan kelab dari Belgium, Anderlecht dalam peringkat suku akhir Liga Europa selepas undia dibuat hari ini di Nyon, yang juga menyaksikan Lyon dari Perancis bertembung dengan Besiktas.

Tetapi kemenangan United dicemari dengan kecederaan ke atas pemain termahal kelab, Paul Pogba, yang meninggalkan padang kerana kecederaan hamstring di awal separuh masa kedua di Old Tafford.

Para pemain United meraikan jaringan Juan Mata (kiri), bagi jaringan pembukaan dan sekali gus gol kemenangan United ke atas FC Rostov di Old Trafford. – AP
Para pemain United meraikan jaringan Juan Mata (kiri), bagi jaringan pembukaan dan sekali gus gol kemenangan United ke atas FC Rostov di Old Trafford. – AP

Pengurus United, Jose Mourinho berkata kecederaan Pogba adalah disebabkan ‘keletihan’ dan mengecam ‘musuh’ yang tidak dinamakan sebagai merujuk pada jadual perlawanan padat yang dihadapi pasukannya.

“Biasanya musuh adalah Rostov, tetapi kami mempunyai ramai musuh,” kata Mouronho.

“Ia sukar untuk bermain dengan 10 orang (ketika menentang Chelsea). Kini semakin sukar untuk bermain. Sukar untuk bermain pada jam 12 tengah hari Ahad (waktu setempat menentang Middlesbrough). Kami mempunyai ramai musuh.”

Skuad Mourinho memburu trofi bagi menambah koleksi trofi mereka selepas memenangi Piala Liga bulan lepas dan mendapatkan insentif tambahan yang akan membantu mereka mendapat tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA