Mata Euro 2016 Croatia dipotong

Mata Euro 2016 Croatia dipotong

pg20_150725_dLAUSANNE, 24 Julai – Croatia semalam dipotong satu mata daripada kempen kelayakan Euro 2016 mereka selepas satu lambang swastika dicoret di padang sebelum perlawanan seri 1-1 melawan Itali pada Jun, UEFA mengesahkan.

Selepas didenda, Croatia 13 mata di atas Kumpulan H, dengan Itali di tempat kedua, satu mata di belakang. UEFA juga memutuskan dua perlawanan Croatia seterusnya akan diadakan di stadium tertutup dan telah mengharamkan pasukan itu daripada bermain dalam aksi kelayakan di stadium Split di mana kejadian tersebut berlaku.

Mereka juga dikenakan denda sebanyak 100,000 euro, tetapi terlepas daripada pengharaman. Croatia mempunyai tiga hari untuk merayu keputusan tersebut. Lambang swastika di padang di Split dibuang oleh penjaga padang pada separuh masa perlawanan di antara Croatia dan Itali pada 12 Jun.

Persekutuan Bola Sepak Croatia (HNS) meminta maaf atas kejadian yang dikatakan oleh mereka ‘menimbulkan prasangka ke atas bola sepak dan Negara Croatia dan melabelkannya sebagai satu perbuatan sabotaj’.

Bulan lalu, Perdana Menteri Croatia Zoran Milanovic telah merayu kepada UEFA supaya jangan menyingkirkan negaranya daripada Kejohanan Eropah disebabkan kejadian swastika itu.

Sementara itu, persekutuan berkata mereka berasa lega walaupun mengharapkan keputusan sedemikian tetapi mengingatkan mana-mana kejadian yang sama pada masa depan akan membawa kesan yang lebih teruk.

“Kami mengharapkan keputusan sedemikian tetapi kebimbangan sentiasa timbul, di mana kami disingkirkan daripada Euro 2016,” beritahu naib presiden HNS Ante Kulusic kepada media tempatan.

“Ia seharusnya menjadi satu amaran besar kepada kami semua. Hari ini kami mencatat prestasi hebat, tetapi jika sesuatu yang sama berlaku sekali lagi, tidak ada sesiapa yang akan menyelamatkan kami.”

Kulusic mengingatkan pesalah masih belum ditemui dan berkata pihak berkuasa harus dimasukkan untuk ‘melindungi sukan daripada penjenayah’. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA