Mata, Fellaini bakal berpindah

Mata, Fellaini bakal berpindah

LONDON, 11 Feb – Jose Mourinho (gambar) mengakui dia bakal menjual Juan Mata pada harga 37 juta pound, manakala Marouane Fellaini pula pada harga 27 juta pound jika dilantik sebagai pengurus United.

Bekas pengendali Chelsea itu kini sedang serius berbincang dengan pengurusan United untuk menggantikan van Gaal di Old Trafford.

Dia juga dilaporkan memberitahu Timbalan Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward mengenai cadangan menjual pasangan pemain tengah United itu. Mourinho, yang tidak pernah merahsiakan hasratnya mengendali United juga dilaporkan sudah membentangkan pelan tranformasi ke atas pasukan United kepada Woodward.

Sebelum ini, UK Daily Mail melaporkan Mourinho memainkan peranan penting untuk menjual Mata kepada United ketika pasukan itu di bawah kendalian David Moyes ketika itu.

Manchester United telah menunjukkan mereka mampu bermain dengan menarik dan menjadi penyerang bola sepak dengan aksi yang cemerlang dalam permainan baru-baru ini.

pg22_160212_c

Meskipun Mata dinamakan Pemain Terbaik oleh PFA pada 2013, namun Mourinho bertanggungjawab hingga Mata meninggalkan Chelsea pada Januari 2014 yang dijual pada harga 37 pound juta. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA