Mata, Fellain...

Mata, Fellaini tundukkn Hull

MANCHESTER, 11 Jan – Gol Juan Mata dan Marouane Fellaini memberikan Manchester United kemenangan 2-0 ke atas Hull City dalam aksi separuh akhir pertama Piala Liga di Old Trafford.

Kesemua mata terarah kepada kapten United, Wayne Rooney, yang mengejar rekod gol ke-250 kelab, tetapi ia adalah Mata yang memecah kebuntuan di minit ke-56 sebelum pemain gantian Fellaini menambah jaringan kedua di penghujung perlawanan.

Ia memberikan skuad Mourinho kelebihan bagi separuh akhir kedua pada 26 Januari.

“Kami tidak berada di Wembley, tetapi gol kedua mungkin gol terpenting,” kata Mourinho.

“Saya menjangkakan perlawanan sukar. Saya tidak menjangkakan untuk menang empat atau lima gol.”

Marouane Fellaini (tengah) menanduk masuk bola untuk jaringan kedua United ke atas Hull City dalam aksi separuh akhir pertama Piala Liga di Old Trafford kelmarin yang berkesudahan dengan jaringan 2-0. – AP
Marouane Fellaini (tengah) menanduk masuk bola untuk jaringan kedua United ke atas Hull City dalam aksi separuh akhir pertama Piala Liga di Old Trafford kelmarin yang berkesudahan dengan jaringan 2-0. – AP

United kini menang sembilang perlawanan berturut-turut menjelang pertemuan dengan musuh ketat, Liverpool dalam aksi Liga Perdana hujung minggu ini.

Pengurus baru Hull, Marco Silva, mengendalikan perlawanan keduanya, hanya mampu menamakan enam pemain gantian dan telah kehilangan kedua Markus Henriksen dan Josh Tymon kerana cedera.

“Saya tidak gembira dengan keputusan itu, tetapi saya gembira dengan kerja keras pemain saya,” kata Silva.

“Dengan kesemua masalah yang kami hadapi, kami bermain dengan baik.”

Meskipun Mourinho membuat tujuh perubahan kepada pasukannya yang telah menewaskan Reading 4-0 dengan mudah dalam Piala FA baru-baru ini, United meneruskan mementum kemenangan dengan membuat banyak percubaan ke gawang Hull.

Penjaga gol Hull, Eldin Jakupovic terpaksa menghasilkan beberapa penyelamat penting hasil percubaan Mata dan Paul Pogba.

Saat bersejarah Rooney hampir tiba di minit ke-51 apabila hantaran jarak jauh Pogba menemui Rooney yang berlari melepasi kedudukan ofsaid, tetapi rembatannya tersasar sedikit. – AFP