Mata lonjak harapan United

Mata lonjak harapan United

MANCHESTER, United Kingdom, 3 Mac (AFP) – Sepakan bebas lewat Juan Mata membolehkan Manchester United mencatatkan kemenangan 1-0 di laman sendiri ke atas Watford semalam untuk kemenangan keempat berturut-turut sekali gus meningkatkan harapan untuk kelayakan Liga Juara-Juara.

Mata menjaringkan gol tujuh minit sebelum tamat menentang Watfrod yang layak sekurang-kurangnya meraih satu mata dan terlepas peluang, dengan Odion Ighalo menjadi pemusnah terbesar.

Penyerang remaja United, Marcus Rashford tidak dapat mengekalkan rentak menarik yang membawanya menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan pertama pada peringkat senior.

Tetapi pasukan Louis van Gaal mampu menghasilkan kemenangan yang membolehkan mereka untuk merapatkan jurang ke atas empat pasukan teratas Liga Perdana, di mana semuanya tercicir mata pada aksi pertengahan minggu.

Mata meraikan jaringan semasa menentang Watford di Old Trafford kelmarin. – Reuters
Mata meraikan jaringan semasa menentang Watford di Old Trafford kelmarin. – Reuters

Van Gaal mengekalkan Rashford di bahagian serangan, dengan Anthony Martial yang kembali cergas beraksi di bahagian kanan. Dia memberikan satu lagi kemunculan penuh pemain remaja itu di tengah ketika Tim Fosu-Mensah menggantikan Michael Carrick, dengan Chris Smalling masih tidak dapat beraksi berikutan kecederaan bahu.

Kekuatan United memberikan kebimbangan awal Watford, dengan Jose Holebas cemas mendapatkan hantaran lintang Daley Blind dari kiri kepada penjaga gol sendiri, dan tandukan Martial tersasar selepas sepakan lintang Ander Herrera mendapatkannya di hujung sudut tiang gol.Kesediaan Igalho pula memberikan ujian bagi pertahanan tuan rumah. Blind melakukan yang terbaik untuk mengeluarkan rembatan jauh, dan kemudian dengan tenang menyaksikan ledakan penyerang itu tepat ke arah penjaga gol David de Gea selepas memberikan bola dari jarak 30 ela.

ARTIKEL YANG SAMA