Mata seharusnya lebih berhati-hati

Mata seharusnya lebih berhati-hati

MANCHESTER, 7 Mac (AFP) – Louis van Gaal berkata pemain antarabangsa Sepanyol, Juan Mata seharusnya perlu lebih hati–hati selepas dilayangkan kad merah ketika Manchester United tewas 1-0 kepada West Bromwich Albion dalam tamparan kepada harapan bagi kelayakan Liga Juara–Juara mereka.

Mata menerima padah bagi dua kedudukan dalam jarak tiga minit dan jelas menjejaskan di mana United terlepas peluang untuk terus mengekori Manchester City di tangga keempat di Hawthorns.

Pemain antarabangsa Venezuela, Salomon Rondon menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-66 yang memberikan kekalahan pertama United dalam Liga Perdana di Hawthorns dan menyaksikan mereka berada di tangga keenam bagi merebut empat tangga teratas.

Sementara itu van Gaal mengesahkan pandangannya bahawa kad merah yang dilayangkan kepada Mata adalah luar dari karakter, dia menegurnya kerana kecuaiannya.

“Keputusan itu, bagi kami, adalah titik tolak dalam perlawanan,” kata pengurus United.

Juan Mata ketika dilayangkan kad merah oleh pengadil. – Reuters
Juan Mata ketika dilayangkan kad merah oleh pengadil. – Reuters

“Ia adalah satu kekecewaan besar bagi kami kerana kami kehilangan kontek bersama empat pasukan pertama atau lima.

“Anda memberikan pengadil dalam tempoh lima minit dua kad kuning kepada orang yang sama, dan anda selalu tahu ia adalah Juan Mata.

“Saya bertanyakannya persoalan retorik. Berapa banyak kad merah? Tidak satu pun. Saya mengandaikannya. Tetapi sebagai seorang pemain, anda perlu tahu apabila anda dilayangkan kad kuning, anda perlu berhati-hati.”

Dia menambah: “Kami beraksi dengan tersusun, tetapi ia adalah sukar untuk mencipta peluang apabila ia beraksi 10 menentang 11. Kami telah beraksi selama 60 minit dengan 11 pemain, tetapi kami tidak selesa dan kami tidak diberikan terlalu banyak peluang.

“Saya tidak mahu menyatakan kami layak untuk memenangi perlawanan, tetapi kami tidak layak untuk tewas.

“Apabila anda melihat pada akhir, peluang yang dicipta West Bromwich Albion dalam perbandingan dengan kami, ia adalah kekalahan yang tidak sesuai.”

Bos West Brom, Tony Pulis gembira pasukannya sekarang bergerak satu mata bagi kejayaan penting yang mereka tumpukan bagi menyelamatkan masa depan dalam Liga Perdana bagi semusim lagi.

ARTIKEL YANG SAMA