Mata wang digital merosot 20 peratus

Mata wang digital merosot 20 peratus

HONG KONG, 3 Ogos – Satu tukaran Bitcoin di Hong Kong telah menggantung perniagaan selepas AS$65 juta dalam unit alam maya dilaporkan dicuri oleh penggodam, sekali gus menyebabkan mata wang digital merosot lebih daripada 20 peratus.

Bitfinex berkata ia telah menggantung semua urus niaga setelah mendapati beberapa Bitcoin pengguna telahpun diambil.

“Hari ini kami menemui satu pencabulan keselamatan yang memerlukan kami menghentikan semua perniagaan di Bitfinex, serta pemberhentian semua deposit dan pengeluaran token digital daripada Bitfinex,” kata syarikat dalam satu kenyataan yang disiar di laman webnya lewat semalam.

“Kami sedang menyiasat pencabulan untuk memastikan apa yang berlaku, kami akan melihat pada pelbagai opsyen untuk mengatasi kerugian pelanggan pada akhir siasatan,” katanya.

Bloomberg News melaporkan penggodam mengambil 119,756 Bitcoins, atau kira-kira AS$65 juta pada harga sekarang, daripada platform.

Nilai mata wang merosot hari ini kepada AS$482.82 daripada AS$603.06 semalam, menurut data Bloomberg News, sebelum meningkat kepada AS$539.53 pada tengah hari hari ini.

“Ya, ia adalah satu pencabulan besar,” kata Fred Ehrsam, pengasas bersama Coinbase, dompet mata wang kriptografi dan platform perniagaan.

“Bitfinex adalah satu tukaran besar, maka ia adalah satu peristiwa jangka pendek utama, walaupun Bitcoin telah menunjukkan daya pemulihannya terhadap peristiwa berkenaan sebelum ini.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA