Mata wang dolar meningkat

Mata wang dolar meningkat

TOKYO, 14 Julai (AFP) – Dolar naik berbanding euro dan yen dalam perniagaan Asia hari ini tatkala pelabur mengalih tumpuan mereka kepada kenaikan kadar faedah Simpanan Persekutuan Amerika Syarikat selepas Greece dan pemiutangnya berjaya mencapai satu perjanjian jaminan keluar untuk kekal dalam zon euro.

Euro merosot kepada $1.0995 daripada $1.1004 di New York lewat semalam, sementara dolar naik kepada 123.51 yen daripada 123.45 yen.

Satu-satunya mata wang Eropah itu bertambah kepada 135.89 yen daripada 135.84 yen.

Selepas rundingan selama 17 jam, Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras menerima beberapa siri pembaharuan sukar sebagai tukaran kepada pembiayaan baru yang membolehkan negara membayar bilnya dan mengelak daripada disingkirkan dari zon euro.

Sejurus selepas perjanjian diumumkan semalam, euro melonjak kepada hampir $1.12 sebelum merosot.

“Mana-mana keredaan dalam kebimbangan mengenai Greece mungkin membuka laluan kepada Persekutuan untuk menambah kadar faedah AS lebih cepat berbanding yang dijangkakan oleh pasaran sekarang,” kata Capital Economics dalam nota pelanggannya.

Ketua Simpanan Persekutuan Janet Yellen berkata pada minggu lalu bahawa bank pusat mungkin menambah kadar faedah sebelum akhir tahun 2015.

Sementara berkata keputusan mereka akan berdasarkan data AS, penggubal dasar Persekutuan berasa bimbang untuk mengumumkan satu kenaikan sementara masih timbulnya kemungkinan Greece akan keluar dari zon euro, yang mungkin menjejaskan ekonomi global.

ARTIKEL YANG SAMA