Mata wang Euro tetap bertahan

Mata wang Euro tetap bertahan

TOKYO, 6 Julai (AFP) – Euro bertahan di Asia hari ini meskipun kemungkinan Greece keluar daripada zon euro meningkat selepas negara itu menolak permintaan berjimat cermat oleh pemiutang dalam referendum pada hujung minggu.

Mata wang 19 negara itu sedang bertukar tangan pada $1.1027 dan 134.82 yen, merosot daripada $1.1102 dan 136.70 yen pada Jumaat.

Bagaimanapun, ia menebus semula beberapa kerugian yang dialami dalam perniagaan elektronik New York semalam, apabila ia merosot kepada $1.0963.

Dolar dijual dengan harga 122.28 yen berbanding 123.05 yen pada Jumaat.

Ketidakpastian mencetuskan pembelian yen tatkala pelabur tertarik kepada mata wang Jepun, tempat yang selamat ketika krisis.

“Adalah sukar untuk melihat bagaimana risiko aset boleh pulih untuk tempoh yang berlanjutan dalam persekitaran toksik ini, sekurang-kurangnya untuk jangka masa terdekat,” kata Chris Tedder, penganalisis penyelidikan di Forex.com di Sydney.

ARTIKEL YANG SAMA